A- A A+
A A |   Arial | PT Sans | Century |

1aksesextrasmall

Latar Belakang

Jabatan PERHILITAN dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Mergastua. Pada tahun 1896 undang-undang pertama mengenai hidupan liar telah diwujudkan. Dalam tahun 1902 rezab hidupan liar yang pertama iaitu Rezab Hidupan Liar Chior telah diwartakan. Usaha-usaha untuk menubuhkan satu agensi pusat untuk menyelaraskan aktiviti pemuliharaan habitat dan spesies hidupan liar telah bermula pada tahun 1930, dengan pelantikan En. T.R. Hubback, bekas Pelindung Mergastua (Game Warden) Negeri Pahang, sebagai ketua kepada Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya.

Hasil daripada Laporan Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya Tahun 1932, dua tindakan susulan telah diambil oleh kerajaan pada masa tersebut:  

  • penubuhan Ibu Pejabat Jabatan Mergastua pada tahun 1937 dengan pelantikan Captain Ritchie sebagai Ketua Pelindung Mergastua yang pertama; dan 
  • penubuhan King George V National Parks yang merangkumi kawasan seluas kira-kira 4,343 km persegi di sempadan Pahang, Kelantan dan Terengganu pada tahun 1938/1939.    

Pada tahun 1955, satu perundangan baru, "The Wild Animals and Wild Birds Protection Ordinance" telah diwujudkan untuk menyelaraskan penguatkuasaan terhadap perlindungan hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, pentadbiran Jabatan masih di bawah Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkaitan. Antara tahun 1972 dan 1976, Kerajaan Persekutuan selepas berbincang dengan Kerajaan-kerajaan Negeri telah mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di Semenanjung Malaysia berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972, Akta 76. Jabatan Mergastua kemudiannya dinamakan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau ringkasnya Jabatan PERHILITAN.

Cetak Emel

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN PILIHAN
 footer1Mfootermygovernment footerMSC logo nrebaru 
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload Screen Shot 2017 06 05 at 2.55.50 PM 
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK

Jumlah Pelawat : 1528150

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Kemaskini : 13 Jun 2018.