A- A A+
A A |   Arial | PT Sans | Century |

1aksesextrasmall

Soalan Lazim - Gangguan Hidupan Liar

Kadar pengguna: 4 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktif
 
1. Apakah maklumat yang diperlukan ketika membuat aduan gangguan hidupan liar kepada Jabatan PERHILITAN?
Pihak Jabatan memerlukan nama pengadu, nombor kad pengenalan, nombor telefon (telefon rumah atau bimbit), alamat, lokasi dan masa kejadian serta spesies yang mengganggu.
 
2. Berapa cepatkah tindakan akan diambil setelah aduan diterima oleh Jabatan PERHILITAN?
Pihak Jabatan PERHILITAN akan menjalankan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja selepas aduan diterima. Namun kebanyakan kes aduan akan diambil dengan segera setelah maklumat diterima.
 
3Adakah saya dikenakan bayaran di atas perkhidmatan dan bantuan yang telah diberikan oleh Jabatan PERHILITAN dalam isu gangguan hidupan liar?
Tiada sebarang bayaran dikenakan ke atas bantuan atau perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan PERHILITAN dalam isu gangguan hidupan liar.
 
4. Adakah perlu laporan dibuat kepada Jabatan PERHILITAN jika terdapat banyak kucing liar/anjing liar di kawasan  perumahan?
Kucing liar/anjing liar adalah di luar bidang kuasa Jabatan PERHILITAN untuk mengambil tindakan dan ia terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh itu aduan hendaklah diajukan kepada pihak yang berkenaan.
 
5. Apakah tindakan yang boleh kami lakukan jika terdapat Kera atau lain-lain hidupan liar mengganggu di kawasan rumah kami?
Sila hubungi Jabatan PERHILITAN di talian 03-9086 6800 (Ibu Pejabat PERHILITAN) atau pejabat Jabatan PERHILITAN Negeri yang berhampiran. Aduan juga boleh disalurkan melalui surat kepada Ketua Pengarah, Jabatan PERHILITAN, KM. 10, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur; atau menggunakan sistem eAduan seperti yang terdapat di dalam laman web Jabatan PERHILITAN http://www.wildlife.gov.my
 
6. Kenapa orang awam dilarang memberi makanan kepada Kera?
Aktiviti memberi makanan kepada Kera juga akan mengubah lakuan Kera tersebut dengan bergantung kepada manusia untuk mendapatkan makanan. Ia juga akan menghilangkan rasa takut Kera terhadap manusia dan akan mudah menyerang manusia apabila tidak mendapat bekalan makanan daripada manusia.
 
7. Apakah jenis tindakan yang diambil oleh Jabatan PERHILITAN terhadap aduan gangguan Kera?
Tindakan tangkap pindah akan diambil terhadap kumpulan Kera yang mengganggu di kawasan perumahan dan kawasan pertanian. Kera-kera yang ditangkap akan dipindahkan ke habitat yang lebih luas dan sesuai.  Namun tindakan penghapusan secara tembak mati atau tangkap-hapus secara humane akan dijalankan terhadap Kera yang agresif atau telah mula menyerang manusia.
 
8. Adakah saya dibenarkan untuk menangkap/ menembak Kera yang merosakkan tanaman saya?
Mengikut Seksyen 54, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], orang ramai boleh mengambil tindakan sendiri dengan menangkap/menembak mati Kera yang mengganggu tanaman mereka setelah semua usaha-usaha yang munasabah bagi menghalau Kera-kera tersebut telah diambil. Mereka juga perlulah melaporkan tindakan yang telah diambil tersebut tanpa bertangguh kepada Jabatan PERHILITAN berhampiran.
 
9. Kenapakah aduan gangguan Gajah perlu dibuat dengan segera kepada pihak Jabatan PERHILITAN? 
Ini bagi membolehkan tindakan segera dapat diambil bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan terhadap tanam-tanaman atau bagi mengelakkan gajah-gajah tersebut mengancam keselamatan penduduk.
 
10. Apakah langkah terbaik bagi menangani masalah gangguan Gajah di kawasan saya? 
Penggunaan pagar elektrik yang diselenggarakan dengan baik adalah langkah yang terbaik bagi menangani masalah gangguan gajah.
 
11. Kenapakah kakitangan Jabatan PERHILITAN hanya mengambil tindakan tembak halau terhadap aduan gangguan gajah di kawasan kampung/ladang pertanian dan kebun-kebun getah atau buah-buahan?
Tindakan tembak halau terhadap gangguan gajah akan dijalankan di kawasan gangguan yang terletak berhampiran dengan hutan besar. Tindakan tembak halau juga dijalankan apabila lokasi kejadian tidak sesuai dijalankan operasi tangkap-pindah gajah.
 
12.Apakah langkah terbaik bagi mengelakkan daripada gangguan harimau di kebun getah saya? 
Langkah yang terbaik bagi mengelakkan gangguan harimau ialah dengan memastikan kebun dibersihkan daripada semak belukar.
 
13.Bagaimanakah mengelakkan serangan harimau terhadap ternakan saya?  
Serangan harimau terhadap haiwan ternakan dapat dielakkan dengan mengurungnya di dalam kandang pada waktu malam.
 
14.Bagaimanakah untuk mengelakkan bangunan kilang daripada didiami oleh spesies burung layang-layang/ kelawar? 
Elakkan bangunan daripada mempunyai dinding dan lain-lain struktur yang boleh menjadi tempat tenggek untuk burung-burung tersebut atau tempat bergayut untuk kelawar. Jika bangunan sudah sedia ada, pasangkan jaring di tempat-tempat  masuk yang berpotensi menjadi tempat tidur burung-burung/kelawar tersebut. Hubungi Jabatan PERHILITAN yang terdekat untuk bantuan dan mendapatkan khidmat nasihat.

Cetak Emel

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN  
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Portal Rasmi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli footerMSC  
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload Screen Shot 2017 06 05 at 2.55.50 PM 
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK

Jumlah Pelawat : 1727346

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Kemaskini : 11 Oktober 2018.