A- A A+
A A |   Arial | PT Sans | Century |

1aksesextrasmall

PROGRAM EXPERT LECTURE SERIES BIL. 4/2017: SAVE THE HORNBILLS

Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Program Expert Lecture Series Bil. 4/2017: Save the Hornbills

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Expert Lecture Series yang keempat dan terakhir tahun ini pada 17 Oktober 2017 bertempat di Auditorium, Ibu pejabat PERHILITAN. Program kali ini merupakan anjuran bersama Jabatan PERHILITAN dengan Malaysian Nature Society (MNS) bertemakan Save the Hornbills.

Para penceramah terdiri daripada pakar Enggang iaitu Dr. Pilai Poonswad yang berkongsi mengenai Hornbill conservation and research in Thailand: Findings and lesson learnt. Sesi kedua merupakan pembentangan oleh Encik Yeap Chin Aik daripada MNS yang berkongsi mengenai Hornbill Conservation and research in Malaysia: Past, Present and Future dan penceramah terakhir daripada Universiti Malaya, Cik Ravinder Kaur A/P Kirpal Singh berkongsi mengenai Research on the breeding biology of Hornbills in Kinabatangan, Sabah, Malaysia. Satu sesi soal jawab telah diadakan sebaik selesai kesemua pembentangan dan dikendalikan oleh Pengarah Bahagian Juruperunding, Cik Nosrat Ravichandran.

Seramai 100 peserta daripada kakitangan Jabatan, organisasi swasta, institusi pengajian tinggi serta orang awam telah menyertai program ini dan telah dirasmikan oleh Encik Hasnan bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah II, Jabatan PERHILITAN. Program Expert Lecture Series ini merupakan satu platform untuk pihak Jabatan PERHILITAN menyampaikan dan berkongsi maklumat dengan kakitangan Jabatan, orang awam serta pihak berkepentingan yang berkaitan. Siri ceramah Expert Lecture Series ini dijangka akan diteruskan lagi pada tahun hadapan setelah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pihak-pihak berkepentingan dalam bidang konservasi hidupan liar melalui empat siri yang dijalankan pada tahun ini.

Gambar-berkumpulan-panel-penceramah-dan-peserta-program

Gambar-berkumpulan-panel-penceramah-dan-peserta-program

Peserta-dan-pakar-dalam-bidang-konservasi-hidupan-liar

Peserta-dan-pakar-dalam-bidang-konservasi-hidupan-liar

Ucapan-aluan-oleh-En-Hasnan-bin-Yusop-Timbalan-Ketua-Pengarah-II

Ucapan-aluan-oleh-En-Hasnan-bin-Yusop-Timbalan-Ketua-Pengarah-II

panel-penceramah-dan-moderator

panel-penceramah-dan-moderator

Cetak Emel

Comments are now closed for this entry

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN  
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Portal Rasmi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli footerMSC  
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload Screen Shot 2017 06 05 at 2.55.50 PM 
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK

Jumlah Pelawat : 1727346

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Kemaskini : 11 Oktober 2018.