A- A A+
A A |   Arial | PT Sans | Century |

BENGKEL PEMURNIAN PELAN STRATEGIK MALAYAN TAPIR CONSERVATION ACTION PLAN (MATCAP)

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Bengkel Pemurnian Pelan Strategik Malayan Tapir Conservation Action Plan (MaTCAP) Kali ke-2 telah diadakan pada 13 - 15 Februari 2019 di Taman Alam Kuala Selangor, Selangor. Bengkel anjuran Jabatan PERHILITAN dan Malaysian Nature Society (MNS) ini bertujuan untuk mengemaskini draf pelan strategik MaTCAP.  

Seramai 52 peserta yang terdiri daripada pelbagai sektor termasuk institusi pengajian tinggi, zoo, NGO, agensi kerajaan lain seperti Jabatan Perhutanan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Peguam Negara serta Syarikat Berkaitan Kerajaan seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Persijilan Kayu Malaysia (MTCC) terlibat dalam bengkel kali ini.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) PERHILITAN, YBhg, Dato’ Fakhrul Hatta bin Musa.

MaTCAP dijangka dapat disiapkan dan dilancarkan pada bulan Oktober 2019 dan dilaksanakan mulai tahun 2020 bagi membantu dalam usaha memulihara dan menyokong kelestarian populasi tapir.

  • MaTCAP 1
  • MaTCAP 2
  • MaTCAP 3

    Cetak Emel

    Add comment


    Security code
    Refresh

    INFORMASI
    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
    Semenanjung Malaysia
    Km 10, Jalan Cheras
    56100 Kuala Lumpur
    Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
    Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                         
    TAG POPULAR
                            
    PAUTAN  
     Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Portal Rasmi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli footerMSC  
    Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload Screen Shot 2017 06 05 at 2.55.50 PM 
                             
    MEDIA SOSIAL 
    Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
       
    STATISTIK

    Jumlah Pelawat : 2077977

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

    Kemaskini : 24 Mei 2019.