SYARAHAN UMUM OLEH YBHG. DATO’ ABDUL KADIR BIN ABU HASHIM DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Ketua Pengarah PERHILITAN, YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim telah menyampaikan syarahan umum bertajuk “Mengharungi Cabaran Pengurusan Hidupan Liar Masa Hadapan” bertempat di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 21 Julai 2019.

Syarahan diadakan bersempena perlantikan YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim sebagai Profesor Pelawat UMT. Turut hadir, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT dan Prof. Dato' Dr. Mohd Tajuddin bin Abdullah, Pengarah Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari UMT.

Semasa ceramah tersebut, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah telah memberikan penerangan tentang sejarah, tugas dan fungsi Jabatan PERHILITAN serta cabaran yang dihadapi oleh Jabatan dalam mengurus hidupan liar.
Sumber Gambar: Media Kreatif UMT

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

    Cetak