MAKLUMAN PENUTUPAN RENTIS DI TAMAN NEGARA PULAU PINANG

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 
Adalah dimaklumkan bahawa Rentis dari Teluk Aling ( USM ) - Teluk Duyung (Monkey Beach) di Taman Negara Pulau Pinang (TNPP) masih ditutup sehingga hari ini berikutan bencana ribut yang melanda pada 5 November 2017 kerana terdapat tanah runtuh yang berlaku berdekatan rentis. 
 
Walau bagaimanapun, rentis-rentis lain seperti berikut masih boleh dilalui oleh pelawat:
 
- Rentis ke Pantai Kerachut;
- Rentis ke Pantai Teluk Kampi; dan 
- Rentis ke Sungai Tukun-Teluk Aling ( USM )
 
Untuk makluman juga, perkhidmatan bot pelancong dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa. 
 
Sehubungan itu, semua pengunjung adalah dinasihatkan untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga dan mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pengurusan TNPP dari semasa ke semasa.

Cetak