Konservasi Ex-situ
Objektif Bahagian
Merancang dan mengendali program pemuliharaan atau konservasi hidupan liar terancam di luar habitat semulajadi bagi kelangsungan hidup melalui pembiakan dalam kurungan, pengurusan kesihatan, kesejahteraan, penyelidikan dan pembiakbakaan komersial.
Memberi khidmat veterinar serta menjalankan operasi menyelamat, rehabilitasi dan pelepasan hidupan liar ke habitat semulajadi.
Mengaplikasikan teknologi terkini bagi meningkatkan potensi konservasi hidupan liar seperti teknologi pembiakan berbantu (ART), penyelidikan genetik dan biobank hidupan liar, pemantauan penyakit zoonotik, ekologi serta analisis DNA hidupan liar bagi pembuktian forensik untuk pendakwaan kes-kes jenayah hidupan liar.
Fungsi Bahagian
- Pusat Konservasi Hidupan Liar (PHKL) & Pusat Menyelamat Hidupan Liar (PMHL)
- Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan
- Penyelidikan Genetik dan Biobank DNA Hidupan Liar
- Kajian Ekologi dan Surveilan Penyakit Zoonotik Hidupan Liar
- Perkhidmatan Veterinar berserta Servis Diagnostik, Audit dan Klinikal
- Pengurusan Permit Penyelidikan dan Pembiakbakaan dalam Kurungan Komersial
Pusat Konservasi Hidupan Liar (PHKL) |
Pusat Menyelamat Hidupan Liar (PMHL) |
1. PKHL Sg Batu Pahat, Perlis 2. PKHL Bukit Pinang, Kedah 3. PKHL Bota Kanan, Perak 4. PKHL Sungkai, Perak 5. PKHL Gua Musang, Kelantan 6. PKHL Kuala Berang, Terengganu 7. PKHL Bukit Marak, Terengganu 8. PKHL Jenderak Selatan, Pahang 9. PKHL Sungai Dusun, Selangor 10. PKHL Segamat, Johor 11. PKHL Jemaluang, Johor |
1. NWRC Sungkai, Perak 2. PMHL Sungai Tengi, Selangor |
Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC), Pahang |