Bahagian Konservasi Hidupan Liar
Bahagian Konservasi Hidupan Liar bertanggungjawab merancang, melaksanakan dan memantau program pemuliharaan hidupan liar di habitat asal (in-situ). Pelaksanaan program adalah melibatkan kumpulan dan spesies hidupan liar terpilih antaranya ialah harimau belang, seladang, tapir, gajah, ungulata, burung, primat dan lain-lain spesies seperti mamalia kecil dan herpetofauna. Selain konservasi spesies, bahagian ini juga turut memulihara habitat hidupan liar yang terosot, mengurus konflik manusia – hidupan liar serta menjalankan penilaian impak ke atas hidupan liar bagi cadangan projek pembangunan di dalam atau berhampiran habitat hidupan liar