Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Bagaimana ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang
Perjalanan ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dari Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan sendiri mengambil masa kira-kira 2 jam pemanduan melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan akan keluar melalui persimpangan Lanchang.
Penginapan
Terdapat kemudahan penginapan berdekatan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan seperti homestay yang diusahakan oleh masyarakat setempat.
Perkhidmatan Pemandu Pelancong
Pelawat digalakkan menggunakan perkhidmatan Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi semasa berada di PKGK Kuala Gandah. Bayaran untuk seorang pemandu pelancong adalah sebanyak RM50.00 (maksimum 12 orang pelawat bagi seorang pemandu pelancong).
Jadual Aktiviti Pelawat
MASA
|
TEMPAT
|
AKTIVITI
|
1030 - 1100
|
Sungai (Jambatan Kayu Chengal)
|
Gajah mandi di sungai
|
1030 - 1600
|
Kawasan latihan gajah
|
Gajah dewasa dalam kawasan keliaran berpagar |
10.30 - 1645
|
Kawasan aktiviti
|
Memerhati dan beri makan anak gajah
|
1100 - 1130
|
Sungai (kawasan aktiviti)
|
Anak gajah mandi di sungai
|
1130 - 1200
(kecuali Jumaat dan cuti umum)
|
Sungai
(Jambatan Kayu Chengal)
|
Gajah dewasa mandi di sungai
|
1415 - 1445 /
1500 - 1530 (Jumaat)
|
Sungai (kawasan aktiviti)
|
Gajah dewasa mandi di sungai
|
Tiada tayangan video, persembahan bermaklumat dan memandikan anak gajah bersama pelawat.
Semua aktiviti di Sungai bergantung kepada paras air
* Kemaskini pada 30 Jun 2020
Boleh berubah tanpa sebarang notis
Waktu Lawatan:
HARI | MASA |
Isnin - Ahad | 10.30 pagi - 4.15 petang |
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Notis:
Jabatan PERHILITAN ingin menjelaskan bahawa maklumat di laman web selain daripada www.wildlife.gov.my seperti www.myelephants.org, http://elephantsanctuarymalaysia.blogspot.com, www.viator.com/kl-elephants dan sebagainya tiada sebarang kaitan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.
Jabatan PERHILITAN adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala pengurusan gajah di Semenanjung Malaysia dan tidak menerima sebarang kutipan wang daripada orang awam melalui akaun bank pihak ketiga. Sekiranya terdapat sebarang nombor akaun untuk tujuan derma atau tabung bantuan gajah yang diwujudkan, ianya adalah atas usaha mereka sendiri tanpa pembabitan dan pengetahuan Jabatan PERHILITAN.