Taman Negara Pahang, Sg Relau, Merapoh
Bagaimana Ke Taman Negara Pahang, Sg Relau, Merapoh, Pahang
Pelawat boleh memandu sendiri atau menggunakan pengangkutan awam, melalui jalan Kuala Lipis, Pahang atau Gua Musang, Kelantan. Pada sesiapa yang menaiki kereta api, hentian terdekat adalah di Stesen Kereta Api Merapoh, Pahang.
Permit Dan Lesen
Setiap pelawat wajib mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap satu joran dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu unit kamera.
Penginapan
Terdapat kemudahan penginapan berdekatan dengan Taman Negara seperti rumah tumpangan dan homestay yang diusahakan oleh masyarakat setempat.Selain itu, Taman Negara menyediakan kemudahan penyewaan tapak perkhemahan dengan bayaran sebanyak RM1.00 / orang / malam.
Kemudahan lain
Pengangkutan pacuan empat roda dari Sungai Relau ke Santuari Kelah Kuala Juram dan permulaan pendakian ke Gunung Tahan di Kuala Juram dikenakan bayaran sebanyak RM24.00 / orang (minima 5 orang) bagi perjalanan pergi dan balik. Manakala bagi kumpulan kurang daripada 5 orang, bayaran RM100.00 dikenakan untuk satu kumpulan bagi perjalanan pergi dan balik.
Aktiviti
Aktiviti | |
Pendakian Gunung Tahan |
|
Safari Malam |
|
Berjalan Malam |
|
Penjelajahan Gua |
|
Aktiviti Air |
|
Pemerhatian Ikan Kelah |
|
Pemerhatian Burung |
|
Bumbun Rimau |
|
Menikmati panorama dari Menara Seraya |
|
Lawatan ke Air Terjun Sg. Kelam |
|
Pendakian Gunung Tahan
- Sungai Relau (Merapoh) - Gunung Tahan(puncak) - Kuala Juram 5 hari 4 malam
- Sungai Relau (Merapoh) - Gunung Tahan(puncak) - Kuala Tahan 7 hari 6 malam
LALUAN SUNGAI RELAU (MERAPOH) - PUNCAK GUNUNG TAHAN ALTITUD | ANGGARAN JARAK (KM) |
Kuala Juram (309m) ke Kuala Luis (306m) | 5.0 |
Kuala Luis (306m) ke Lata Luis (558m) | 6.0 |
Lata Luis (558m) ke Kem Kor (750m) | 2.5 |
Kem Kor (750m) ke Permatang (874m) | 2.5 |
Permatang (874m) ke Kubang (1406m) | 3.5 |
Kubang (1406m) ke Belumut (1493m) | 1.5 |
Belumut (1493m) ke Bonsai (1705m) | 5.5 |
Bonsai (1705m) ke Botak (1943m) | 3.0 |
Botak (1943m) ke Gunung Tahan (2187m) | 2.4 |
Muat turun: Peta lakaran laluan Sungai Relau - Gunung Tahan - Kuala Tahan
Bayaran Terkini Untuk Jurupandu Ke Gunung Tahan:
BIL. | LALUAN & TEMPOH | KADAR (RM) |
1. | Kuala Tahan - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Juram (Merapoh) (5 hari, 4 malam) | 1200.00 |
2. | Kuala Tahan - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Tahan (7 hari, 6 malam) | 1200.00 |
3. | Kuala Tahan - Air terjun - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Tahan (9 hari, 8 malam) | 1400.00 |
4. | Kuala Tahan - Air terjun - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Juram (Merapoh) (9 hari, 8 malam) | 1400.00 |
5. | Kuala Juram (Merapoh) - Gunung Tahan (puncak) - Air terjun - Kuala Tahan (9 hari, 8 malam) | 1400.00 |
6. | Kuala Juram (Merapoh) - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Juram (Merapoh) (5 hari, 4 malam) | 950.00 |
7. | Kuala Juram (Merapoh - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Tahan (7 hari, 6 malam) | 1200.00 |
8. | Caj bagi tambahan hari | 150.00/hari |
* Bilangan pendaki dihadkan kepada 48 orang pendaki sehari
* Bilangan pendaki dihadkan kepada 12 orang bagi seorang Pemandu Pelancong.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Penolong Penguasa
Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh
27210 Kuala Lipis, Pahang
Tel/ Faks: 09-915 0214
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.