A A |   Arial | PT Sans | Century |
A- A A+

   faq2        hubungi2         maklumbalas2        peta2
 Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas | Peta Laman

Taman Negara Pahang, Kuala Tahan

Bagaimana Ke Taman Negara Pahang, Kuala Tahan

Bandar yang terdekat ialah Bandar Jerantut. Perjalanan dari Kuantan dengan menaiki kereta atau pengangkutan awam mengambil masa antara 3 hingga 4 jam. Dari Bandar Jerantut, pelawat boleh mengambil bas atau teksi ke Kuala Tahan, terletak lebih kurang 68 km dengan hanya mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit dari Bandar Jerantut. 

 

Permit dan Lesen

Setiap  pelawat mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00  setiap seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap joran dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu unit kamera.

 

 

Penginapan

Jabatan PERHILITAN hanya menguruskan Taman Negara manakala kemudahan dan perkhidmatan diuruskan oleh masyarakat setempat dan pihak swasta. Bayaran sewaan tapak perkhemahan RM1.00 / seorang / malam.

Mutiara Taman Negara Resort menyediakan penginapan bagi pelawat yang ingin menginap di dalam kawasan Taman Negara. Penginapan juga terdapat di sekitar Kuala Tahan yang terdiri daripada banglo, suite, syele dan asrama. Terdapat juga tapak perkhemahan yang diuruskan oleh Mutiara Taman Negara Resort dan pengusaha tempatan di sekitar Kuala Tahan. Maklumat mengenai penginapan dan aktiviti serta tempahan di Mutiara Taman Negara boleh dihubungi melalui talian 09-2662200 / 09-2663500, atau fax ke 09-2661500 atau layari laman web www.mutiarahotels.com

 

Aktiviti

Aktiviti
Bermalam di Bumbun
  • Bermalam di bumbun untuk memerhati hidupan liar yang melawat kawasan jenut berhampiran. Bayaran RM5.00 setiap seorang dikenakan bagi satu malam
Titian Kanopi
  • Menikmati pemandangan Taman Negara dari atas titian kanopi dengan jarak sepanjang 283 meter, tergantung lebih kurang 45 meter dari aras tanah. Bayaran RM5.00 bagi orang dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak dikenakan.
Kembara Gua
  • Mengembara di kawasan hutan batu kapur yang belum terganggu dan melihat gua-gua yang cantik seperti Gua Daun Menari, Gua Kepayang Besar dan Gua Kepayang Kecil
Eksplorasi Sungai
  • Perjalanan menyusuri sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Tahan merupakan salah satu aktiviti yang menarik dan melalui beberapa buah jeram
Memancing
  • Alami pengalaman aktiviti memancing di Sungai Keniam. Anda juga boleh berkhemah di tapak perkhemahan di Kuala Perkai
Pemerhatian Burung
  • Merupakan syurga untuk pemerhati burung kerana terdapat 380 spesies burung di Malaysia terdapat di Taman Negara. Spesies burung yang terdapat di Taman Negara ialah burung enggang, kuang, takur, kesumba dan sambar
Mendaki Gunung Tahan
  • Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia ini memerlukan masa 7 hari untuk mendakinya dengan melalui laluan yang mencabar. Penggunaan perkhidmatan pemandu arah gunung diwajibkan.
  • Bayaran sebanyak RM1,800 dikenakan bagi perjalanan selama 7 hari untuk seorang pemandu arah gunung.
  • Masa pendakian yang disyorkan ialah dari bulan Mac hingga Ogos setiap tahun. Bulan November ke Januari ditutup untuk pendakian. Maksimun 10 org / kumpulan / guide.
Lawatan ke penempatan Orang Asli dan Rapids shooting
  • Lawatan ke perkampungan Orang Asli di Jeram Dedari untuk mempelajari adat resam dan cara hidup mereka.
  • Rapid shooting RM 180 / bot / 4 org maksima dan RM 280 / bot / 12 orang maksima.
Eksplorasi hutan
  • Menikmati keindahan khazanah alam semulajadi Taman Negara di sepanjang Rentis Teresek
Lawatan ke Lata Berkoh
  • Lawatan ke Lata Berkoh untuk menjalankan aktiviti berkelah dan menikmati keindahan alam semulajadi.
  • Bayaran perkhidmatan pengangkutan bot RM 200 / bot / 4 orang maksima.
Lawatan ke Santuari Kelah Lubuk Tenor
  • Aktiviti memberi makan dan memerhati kumpulan ikan kelah.
  • Bayaran perkhidmatan pengangkutan bot ke Lubuk Tenor adalah RM 200 / bot / 4 orang maksima.
Berkhemah
  • Bayaran RM1.00 / orang / malam bagi penggunaan tapak perkhemahan di dalam Taman Negara kecuali yang diuruskan oleh Mutiara Resort dengan bayaran RM5.00 / orang / malam.

 


Pendakian Gunung Tahan

  • Kuala Tahan > Gunung Tahan > Kuala Tahan                                7 hari 6 malam
  • Kuala Tahan > Gunung Tahan > Kuala Juram (Merapoh)             7 hari  6 malam 

Laluan atau rentis asal ke puncak Gunung Tahan yang bermula dari Kuala Tahan meliputi jarak yang lebih jauh dan mencabar. Laluan ini memerlukan pendaki menyeberangi sungai sebanyak tujuh kali serta mendaki 27 puncak gunung.

 

Laluan Kuala Tahan > Puncak Gunung Tahan (Ketinggian)

Laluan Kuala Tahan - Puncak Gunung Tahan (Ketinggian) Anggaran Jarak (KM)
Kuala Tahan (60m) - Melantai (100m) 12.0
Melantai (100m) - Gunung Rajah (576m) 9.0
Gunung Rajah (576m) - Putih (156m) 4.0
Putih (156m) - Teku (168m) 7.0
Teku (168m) – Kem Wray (898m) 5.0
Kem Wray (898m) - Pankin (1462m) 12.0
Pankin (1462m) - Gunung Tangga 15 (1500m) 1.5
Gunung Tangga 15 (1500m) - Gunung Reskit (1666m) 2.5
Gunung Reskit (1666m) - Gunung Gedung (2066m) 3.0
Gunung Gedung (2066m) - Gunung Tahan (2187m) 7.0

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Penguasa
Taman Negara Pahang, Kuala Tahan
27020 Jerantut
Pahang
Tel: 09-266 1122/09-266 4152      
Faks: 09-266 4110
E-mel: tnp[at]wildlife[dot]gov[dot]my

Cetak Emel

PERHILITAN

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
E-mel : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN  
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia nrecc logo footerMAMPU
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon tiktok Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK PELAWAT

Harini : 51 | Semalam : 2152 | Bulanan : 77742 | Jumlah : 7801573

Kemaskini : 09 April 2024.

 

Penerbitan

    <a href="https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/lokasi-pusat-ekopelan <a splwpk-electronic-archive="splwpk-electronic-archive" href="https://www.wildlife.gov.my/index.php/pengumuman/466-panggilan-temuduga-jawatan-kontrak-renjer-hidupan-liar/"