A A |   Arial | PT Sans | Century |
A- A A+

   faq2        hubungi2         maklumbalas2        peta2
 Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas | Peta Laman

Soalan Lazim - Konservasi Exsitu

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
1. Bagaimanakah Jabatan PERHILITAN memilih spesies bagi Pusat Konservasi Hidupan Liar?
Pemilihan spesies adalah berasaskan nilai konservasi spesies tersebut atau nilai komersialnya. Spesies yang populasinya terancam memerlukan program pembiakan dalam kurungan bagi menambah bilangannya. Spesies bernilai komersil akan di biak untuk membekal penternak komersil. Ini akan secara langsung menjadi sumber pendapatan kepada kerajaan dan penternak.
 
2. Bagaimanakah saya boleh menjalankan ladang komersil hidupan liar yang dilindungi?
Penternak komersil perlu mempunyai kawasan yang sesuai dan peruntukan kewangan. Borang permohonan untuk penternakan komersil boleh diperolehi dari mana-mana Jabatan PERHILITAN negeri atau laman web Jabatan. Setelah mengisi dan menghantar kepada Pengarah PERHILITAN negeri berkaitan, pihak Jabatan PERHILITAN negeri akan membuat penilaian dan lawatan tapak sebelum memanjangkan kepada Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN untuk penilaian seterusnya. Jika permohonan disokong, Jabatan PERHILITAN akan memanjangkan permohonan tersebut untuk kelulusan Menteri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
 
3. Apakah analisa-analisa DNA yang dijalankan oleh Jabatan?
Kerja - kerja DNA yang dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN memfokuskan ke arah mewujudkan pengecapjarian DNA bagi spesies hidupan liar di Malaysia bagi mengenalpasti sesuatu spesimen atau sebahagian spesimen hidupan liar. Ini adalah penting bagi tujuan konservasi dan penguatkuasaan. DNA juga digunakan untuk mengenalpasti jantina spesies burung, mahupun semasa peringkat masih anak. Jabatan juga sedang membangunkan teknik-teknik baru bagi ujian paterniti dan juga identifikasi individu hidupan liar.
 
4. Bagaimanakah teknologi DNA boleh membantu di dalam pengurusan dan konservasi hidupan liar di Malaysia?
Dalam Pengurusan Hidupan Liar:
Identifikasi spesies daripada bahagian-bahagian hidupan liar yang tidak dapat dikenalpasti dalam kes-kes rampasan kuatkuasa.
  1. Mengenalpasti asal dan populasi sesuatu spesies hidupan liar.
  2. Identifikasi jantina pada anak-anak hidupan liar bagi tujuan pembiakan dalam kurungan
 
5. Dalam Konservasi Hidupan Liar:
Menilai dan mengukur struktur genetik populasi hidupan liar. Penambahbaikan genetik boleh dilakukan ke atas populasi yang mengalami diversiti genetik yang rendah melalui pengenalan baka baru. Boleh diaplikasikan kepada populasi dalam kurungan dan juga liar.
  1. Mengenalpasti populasi unik, spesies atau subspesies baru yang perlu diuruskan sebagai unit pengurusan yang berlainan.
  2. Pengambilan sampel tanpa mengganggu hidupan liar: DNA boleh diekstrak daripada najis, bulu atau apa saja bahan genetik yang ditinggalkan oleh hidupan liar.

 

PERMIT PEMBIAKBAKAAN DALAM KURUNGAN KOMERSIAL

1.Senarai dalam permit adalah merupakan baka sahaja dan anak yang baru dilahirkan perlu dicatat dimana?
Jawapan: Memang benar senarai hidupan liar yang didaftarkan dalam lesen bagi permit biakbaka adalah hidupan liar yang dijadikan baka sahaja. Anak-anak  yang lahir dari baka ini perlulah dicatat dalam buku stok. Memandangkan Jabatan masih belum mencetak buku stok biakbaka maka salinan borang buku stok boleh digunakan atau buku stok perniagaan (RM15). Anak biakbaka ini boleh dijual dan resit dikeluarkan oleh pembiakbaka. Untuk sementara ini, pembiakbaka perlu memiliki lesen berniaga untuk aktiviti penjualan mereka.

2.Sekiranya penternak mahu menambah baka dalam stok bagaimana caranya?
Jawapan: Pembiakbaka boleh menambah stok hidupan liar (spesies yang sama) mereka melalui anak yang dilahirkan, beli dari peniaga berlesen (pembiakbaka yang sah) atau menangkap melalui lesen memburu tanpa senjata. Baka (spesies yang sama) yang dikenalpasti perlu didaftar/lesenkan ke PERHILITAN Negeri (Jadual 1) dan mohon maklumkan ke HQ. Bagi hidupan liar Jadual 2 ia perlu dihantar ke HQ untuk tambahan Permit Khas.

3. Boleh atau tidak penternak meminjam baka dari penternak lain dan bagaimanakah caranya?
Jawapan: Boleh dengan syarat ia mendapat kelulusan daripada Pengarah Negeri terbabit untuk menempatkan di permis lain. Pihak negeri perlu mengambil kira tentang bilangan, nombor penandaan dan tempoh pinjaman. Bagi spesies Jadual 2 kelulusan adalah daripada HQ (Ketua Pengarah).

4. Berapa banyak spesies yang boleh dibiakbaka dalan satu permit biakbaka (tempat)?
Jawapan: Pada masa ini Jabatan belum menetapkan bilangan spesies untuk sesuatu permit atau tempat. Tapi bagi memudahkan pentadbiran dicadangkan agar setiap satu permit (tempat) biakbaka bilangan spesies digalakkan mengikut kumpulan yang sama supaya tiada timbul konflik. Sebagai contoh kumpulan Mamalia, Burung, Reptilia dan sebagainya.

5. Bagaimanakah cara pembiakbaka hendak menambah spesies yang diternak?
Jawapan: Penternak hendaklah mengemukakan permohonan dan dihantar ke PERHILITAN Negeri dan akan dihantar ke HQ untuk kelulusan. Ini melibatkan spesies dari kedua-dua Jadual 1 dan 2.

6. Bolehkan penternak mendapat permit biakbaka sedangkan mereka masih tidak mempunyai hidupan liar dalam simpanan atau mempunyai lesen menyimpan? 
Jawapan: Permohonan baru boleh dibuat sama ada pemohon telah atau belum mempunyai hidupan liar. Bagi pemohon yang belum mempunyai hidupan liar ia perlu nyatakan bagaimana sumber hidupan liar yang akan diperolehinya. Sumber ini perlulah dari sumber yang sah sama ada dari menangkap melalui lesen memburu, membeli dari Pet Shop, pembiakbaka dan Jabatan. Pemohon adalah digalakkan untuk mendaftar sehingga sepuluh ekor baka sebelum.

7. Apakah tindakan sekiranya penternak lambat memperbaharui permit?
Jawapan: Pemegang permit diberi tempoh sehingga 14 hari untuk memohon memperbaharui permit dari tarikh tamat tempoh sah permit. Kegagalan berbuat demikian pihak Jabatan boleh mengenakan tindakan.

8. Pada masa ini tarikh permit biakbaka dan tarikh lesen/permit khas adalah berbeza. Jadi tarikh tamat tempoh mana yang diambil kira? 
Jawapan: Pada masa ini terdapat perbezaan antara tarikh permit biakbaka dan lesen/permit khas dalam sistem e-lesen. Memandangkan sistem e-lesen masih tidak boleh selaraskan, jadi kita menganggap tarikh tamat tempoh adalah mengikut tarikh permit biakbaka.

9. Bilakah penternak boleh menjual hasil ternakan mereka?
Jawapan: Untuk sementara ini, penjualan hanya boleh dilakukan pada musim terbuka hingga 30 hari dari selepas itu. Jabatan mengalakkan agar penternak menunggu hingga mempunyai baka melebihi sepuluh ekor (10).

10.Dengan siapakah penternak boleh menjual hidupan liar tersebut? 
Jawapan: Penternak boleh menjual hidupan liar kepada sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun sekiranya pembelian tersebut hendak menyimpan ia perlukan lesen (menyimpan). Untuk sementera ini juga, pembiakbaka perlu memiliki lesen berniaga untuk aktiviti penjualan mereka.

11. Bolehkah penternak memohon pengecualian penandaan untuk ternakan hidupan liar secara Rancing kerana ia perlu proses tangkapan yang melibatkan stress dan kematian. Atau adakah Jabatan mempunyai keadah lain untuk memudahkan proses penandaan?
Jawapan: Penandaan adalah wajib bagi setiap hidupan liar yang dibiakbaka. Jabatan mengalakkan pengunaan microchip bagi hidupan liar yang besar. Bagi hidupan liar yang sukar dibuat penandaan seperti buaya dalam kolam yang banyak, pelanduk, rama-rama, serangga, kura-kura dan sebagainya penternak perlu meletakkan label pada sangkar atau kolam. Jika haiwan tersebut ada peluang untuk ditangkap, jual, pindah dan sebagainya maka penandaan perlu dijalankan sebelum dijual atau untuk lain-lain aktiviti.

12. Bolehkah kawasan biakbaka untuk dilawati seperti zoo dan pameran?
Jawapan: Pada umumnya ia tiada masalah, walau bagaimanapun permis tersebut tersebut perlu mempunyai dua permit iaitu permit biakbaka dan permit zoo/pameran tetap. Walau bagaimana pun mereka perlu mengambil permit zoo/pameran tetap. Syarat permit perlu diikuti seperti keperluan Pegawai Veterinar dan saiz kurungan bagi permit pameran dan zoo perlu dipatuhi. Jabatan mencadang agar dibuat dua kawasan iaitu kawasan pameran dibuka kepada orang awam dan kawasan biakbaka tidak dibuka kepada umum untuk memudahkan pentadbiran. 

13. Bolehkah telur yang dipungut dari luar dan dieramkan di kawasan biakbaka dan anak tersebut dikira hasil dari biakbaka. Sekiranya tidak boleh, bagaimanakah cara ia boleh mempunyai lesen atau permit.
Jawapan: Anak hidupan liar hasil daripada telur yang dipungut dan dieramkan dikira sah jika sumber perolehannya yang sah. Contoh: telur ular sawa yang dipungut oleh pemburu yang sah dan diberi kepada pembiakbaka ular sawa untuk tujuan penetasan sebagai anak dikira hasil biakbaka yang sah.

Cetak Emel

PERHILITAN

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
E-mel : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN  
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia logo NRES removebg preview footerMAMPU
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon tiktok Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK PELAWAT

Harini : 5945 | Semalam : 6320 | Bulanan : 105574 | Jumlah : 9873462

Kemaskini : 14 Januari 2025.

 

Penerbitan

<a href="https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/lokasi-pusat-ekopelan <a splwpk-electronic-archive="splwpk-electronic-archive" href="https://www.wildlife.gov.my/index.php/pengumuman/466-panggilan-temuduga-jawatan-kontrak-renjer-hidupan-liar/"