PENUTUPAN SEMENTARA RENTIS DAN AKTIVITI DI TAMAN NEGARA PAHANG

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
Dimaklumkan bahawa Pusat Kawalan Bencana (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengeluarkan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana yang dikeluarkan pada 23 Oktober 2019 yang memaklumkan bahawa Monsoon Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada 24 Oktober 2019 sehingga Januari 2020 yang melibatkan Negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu.
 
Sehubungan itu, Pejabat Penguasa Taman Negara Pahang mengambi langkah keselamatan melalui penutupan sementara beberapa aktiviti di Taman Negara Pahang bermula 15 November 2019 sehingga 15 Januari 2020.
 
Sepanjang tempoh tersebut, hanya aktiviti berikut dibuka kepada pelancong;
 
KUALA TAHAN
- Rentis Bukit Teresek merangkumi rentis yang dilengkapi dengan boardwalk sekitar Taman Negara.
- Rentis Lata Berkoh merangkumi laluan bermula dari Lubok Simpon sehingga ke Lata Berkoh
 
SUNGAI RELAU
Semua rentis dan aktiviti pelancongan akan beroperasi seperti biasa KECUALI berikut;
- Aktiviti pendakian Gunung Tahan
- Semua aktiviti air di Lata Serigala dan Rentis Negeram

Print