A A |   Arial | PT Sans | Century |
A- A A+

   faq2        hubungi2         maklumbalas2        peta2
 Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas | Peta Laman

Lawatan Kerja Dan Majlis Perasmian Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan Oleh YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Pada 26 Julai 2016, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah menerima kunjungan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), YB Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar ke Ibu Pejabat PERHILITAN. Lawatan ini merupakan lawatan julung kali YB Dato Sri ke Ibu Pejabat PERHILITAN sejak perlantikan sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Ketibaan YB Dato Sri telah disambut oleh Pegawai Kanan Kementerian dan warga Jabatan. Lawatan Kerja dimulakan dengan satu Sesi Taklimat tentang Jabatan PERHILITAN oleh YBhg Dato’ Abd Rasid Samsudin, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN dan diikuti dengan lawatan ke Ruang Pameran.

Satu Majlis Perasmian Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan oleh YB Dato Sri juga diadakan sempena Lawatan Kerja ini. YB Dato Sri juga berkesempatan melihat sendiri hasil rampasan 1,070 ekor kura-kura pada 25 Julai 2016 oleh Jabatan PERHILITAN.

Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan ini telah siap dibina pada bulan November 2015. Dengan adanya kemudahan ini, keupayaan pengendalian kes forensik hidupan liar dapat ditingkatkan, seterusnya meningkatkan kejayaan Jabatan dalam pembanterasan jenayah hidupan liar.

Cetak Emel

Comments are now closed for this entry

PERHILITAN

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
E-mel : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN  
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia logo NRES removebg preview footerMAMPU
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon tiktok Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK PELAWAT

Harini : 5748 | Semalam : 6320 | Bulanan : 105377 | Jumlah : 9873265

Kemaskini : 14 Januari 2025.

 

Penerbitan

<a href="https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/lokasi-pusat-ekopelan <a splwpk-electronic-archive="splwpk-electronic-archive" href="https://www.wildlife.gov.my/index.php/pengumuman/466-panggilan-temuduga-jawatan-kontrak-renjer-hidupan-liar/"