'Executive Talk: Combating Wildlife Crime'
Tarikh: 1 September 2016
Tempat: Hotel Bangi-Putrajaya, Selangor
Pada 1 September 2016 (Khamis), Jabatan PERHILITAN telah menganjurkan program Executive Talk: Combating Wildlife Crime di Hotel Bangi-Putrajaya.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr Pazil Abdul Patah, Pengarah Bahagian Konservasi Biodiversiti Ibu Pejabat PERHILITAN. Seramai lima (5) penceramah daripada pelbagai bidang telah diundang untuk berkongsi pengalaman masing-masing dalam memerangi jenayah hidupan liar.
Majlis Penutup program ini telah dirasmikan oleh En Fakhrul Hatta Musa, Timbalan Ketua Pengarah I Jabatan PERHILITAN. Yang turut hadir ke Majlis Perasmian Penutup ialah Dr Pan Khang Aun, selaku National Project Manager for ICCFS Project.
Seramai 113 peserta daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta telah menghadiri program ini.
Jabatan PERHILITAN, selaku sekretariat untuk Jawatankuasa Teknikal Konservasi Hidupan Liar di bawah Projek UNDP IC-CFS Improving Connectivity in the Central Forest Spine Landscape, telah mengadakan program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengamal undang-undang, agensi-agensi penguatkuasaan, agensi bukan kerajaan dan juga syarikat swasta tentang isu-isu jenayah hidupan liar.