Conference of Parties Ke 17 (CoP17) Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES)
Pada 27 September hingga 5 Oktober 2016, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN, Encik Abdul Kadir bin Abu Hashim bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Dato’ Sri Azizan bin Ahmad telah menyertai delegasi Malaysia ke Johannesburg, Afrika Selatan bagi menghadiri Conference of Parties Ke 17 (CoP17) Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES).
Persidangan ini telah disertai oleh 152 negara yang merupakan ahli CITES bagi menentukan kaedah perdagangan yang bersesuaian bagi spesies hidupan liar dan tumbuhan liar yang terancam. Antara pindaan yang diterima melalui undian majoriti negara ahli adalah naik taraf semua spesies Singa (Panthera leo), Tenggiling (Manis spp.) dan African Grey Parrot (Psittacus erithacus) ke Appendiks I.
Cadangan Malaysia untuk menurun taraf Buaya Tembaga (Crocodylus porosus) ke Apendiks II (kuota 0 bagi populasi liar dari Semenanjung Malaysia dan Sabah) dan menyenaraikan Earless Monitor Lizard (Lanthanotidae) ke Apendiks II (kuota 0 bagi populasi liar) turut mendapat sokongan semua negara ahli CITES.