Expert Lecture Series Bil. 3/2016 - History for a better future
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-pekerja Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Expert Lecture Series Bil. 3/2016: History for a better future pada 25 Oktober 2016 di Auditorium Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan kakitangan Jabatan serta pendedahan kepada orang awam mengenai isu-isu berkaitan hidupan liar. Tema bagi program kali ini ialah 'History for a better future' di mana peserta akan diberi peluang mempelajari sejarah awal Jabatan PERHILITAN dalam usaha-usaha konservasi hidupan liar di Semenanjung Malaysia. Penceramah jemputan terdiri daripada bekas pegawai PERHILITAN seperti Mantan Ketua Pengarah PERHILITAN yang pertama, En. Mohd Khan Momin Khan,kedua-dua Mantan Timbalan Ketua Pengarah, Haji Jasmi bin Haji Abdul dan Dato’ Dr. Zaaba bin Zainol Abidin serta bekas pegawai PERHILITAN,Prof. Dato’ Dr. Mohd Tajuddin bin Abdullah. Sesi soal jawab dan perbincangan panel telah dimudahcara oleh En. Ahmad Azhar bin Mohamed, Ketua Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan, Sungkai, Perak. Seramai 150 orang peserta terdiri daripada kakitangan Jabatan serta agensi luar telah hadir dalam program ini.