OPERASI MENYELAMAT BUAYA DI KAWASAN LOMBONG TERBIAR SEMENYIH, SELANGOR
Susulan satu post tular dalam Laman Media Sosial Facebook terdapatnya 3 ekor Buaya Tembaga di kawasan lombong pasir terbiar berdekatan kongsi pekerja Nirvana Memorial Park, Semenyih, Selangor pada 7 Feb 2017, beberapa orang Pegawai PERHILITAN Ibu Pejabat dan PERHILITAN Negeri Selangor telah ke lokasi aduan untuk menyiasat dan mendapati aduan adalah berasas.
Operasi menyelamat buaya telah dijalankan oleh kakitangan PERHILITAN dan dibantu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Semenyih dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bangi.
Hanya seekor buaya anggaran berukuran 4 kaki panjang yang ditemui di dalam kolam tersebut.
Buaya tersebut telah dibawa untuk dilepaskan ke kolam buaya Paya Indah Wetlands. Usaha mencari dan memantau terus dijalankan di kawasan tersebut.