LAWATAN SEHARI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BEHRANG 2020 KE PUSAT MENYELAMAT HIDUPAN LIAR KEBANGSAAN (NWRC) SUNGKAI, PERAK
Pada 15 Februari 2017 Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) telah menerima program lawatan oleh Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020. Seramai 40 orang murid dan 4 guru pengiring termasuk Guru Besar telah diberi taklimat tentang NWRC dan dibawa melawat ke kawasan kurungan oleh kakitangan NWRC.
Program ini dianjurkan oleh Kelab Sains SK Bandar Behrang 2020 bagi memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran tentang spesies hidupan liar terancam di Malaysia kepada pelajar.