PAMERAN SAYANGI ‘GHIMAA’ KITA
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia dengan kolaborasi Merosphere Sdn. Bhd. dan Muzium Negeri Terengganu telah mengadakan pameran ‘Sayangi Ghimaa Kita’ bermula 24 hingga 28 Mac 2017.
Pameran ini bertujuan memberi pendedahan, pendidikan serta meningkatkan kesedaran orang awam tentang konservasi hidupan liar terutamanya Harimau Belang.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan mencemar duli ke pameran tersebut.