BENGKEL PEMURNIAN SISTEM PAGAR ELEKTRIK GAJAH (SPEG) BERSAMA STAKEHOLDERS
Satu Bengkel Pemurnian Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) bersama Stakeholders anjuran Jabatan PERHILITAN, FELDA dan MPOC telah berlangsung pada 3-5 April 2017 di Prime City Hotel, Kluang, Johor.
Bengkel ini berfungsi sebagai satu platform perbincangan sesama pemegang taruh bagi menambah baik pembinaan dan penyelenggaraan SPEG di samping menyediakan spesifikasi yang sesuai untuk panduan semua pihak, terutamanya agensi atau syarikat pengurusan ladang yang mempunyai SPEG masing-masing.
Bengkel ini juga diharapkan dapat mewujudkan jaringan kerjasama yang erat sesama pemegang taruh dalam usaha pengurusan gajah yang lestari di Semenanjung Malaysia.