PAMERAN SEMPENA PROGRAM EKSPRESI NEGARAKU
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah menyertai Pameran Strategi lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kementerian Pertahanan sempena Program Ekspresi Negaraku di Perkrangan Amanjaya Sungai Petani, Kedah pada 8 April 2017, yang bertujuan untuk memberi platform kepada semua agensi terlibat untuk menerangkan impak kejayaan hasil inisiatif NBOS kepada rakyat.
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk menerangkan dan menunjukkan inisiatif Kementerian Pertahanan bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam Operasi 1MBEON, iaitu 1Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network.