PROGRAM HARI BUMI 2.0
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia dan Kolej Profesional MARA Bandar Melaka telah bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar Melaka dan Jabatan Perhutanan Melaka dalam mengadakan Program Hari Bumi 2.0 pada 8 April 2017 (Sabtu) bertempat di Pusat Pendidikan Biodiversiti Tanjung Tuan, Melaka.
Beberapa aktiviti telah dijalankan dalam program tersebut, seperti penanaman Pokok Bakau dan Pokok Rhu di persisiran pantai Tanjung Tuan, Lawatan Bilik Interpretif Hidupan Liar Tanjung Tuan serta Jungle and Beach Clean Up.