Sambutan World Tapir Day 2017 Peringkat Negeri Selangor
Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Persatuan Benih Hijau telah mengadakan Sambutan Hari Tapir Sedunia 2017 bertemakan #LoveTapirSaveEarth pada 22 April 2017 di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sg. Dusun, Selangor. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran kepentingan menjaga alam sekitar dan hidupan liar. Program ini juga diadakan sempena Hari Bumi Sedunia yang disambut pada 22 April.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Gan Pei Nei, Pembantu Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Teknologi Hijau Kerajaan Negeri Selangor.
Seramai 700 peserta yang terdiri daripada pelajar pelbagai peringkat umur dan orang awam yang menyertai sambutan ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena sambutan Hari Tapir Sedunia 2017, antaranya pertandingan menulis esei, pertandingan ‘Sculpture Tapir”, pertandingan mewarna, melukis dan mewarna beg kanvas serta aktiviti rentis Tapir. Satu forum tentang Tapir oleh Dr Carl Traeholt, Pengarah Program Asia Tenggara Zoo Copenhagen, Dr Evelyn Lim Ai Lin dari UPM dan En. Abd Rahim Bin Othman Pengarah PERHILITAN Negeri Selangor juga diadakan.