Asian Elephant Range States Meeting
YBrs. Encik Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia dan Encik Salman bin Haji Saaban, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan telah menghadiri Asian Elephant Range States Meeting pada 18 -20 April 2017 di Jakarta, Indonesia.
Dalam mesyuarat ini, wakil delegasi dari 12 negara telah membentangkan taburan, status dan pelan tindakan pemuliharaan gajah masing-masing di samping memberi input dan cadangan bagi tujuan pengurusan gajah mapan pada masa hadapan.
The Jakarta Declaration of Asian Elephant Conservation yang mezahirkan komitmen setiap Negara ke arah pemuliharaan Gajah Asia turut ditandatangani dalam mesyuarat tersebut.