Expert Workshop on the Making of Non-Detriment Findings (NDFs) for Trade in CITES-listed Snakes
Satu Bengkel berkaitan Expert Workshop on the Making of Non-Detriment Findings (NDFs) for Trade in CITES-listed Snakes telah diadakan pada 3-4 Mei 2017 di Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Bengkel ini adalah anjuran bersama International Union for Conservation of Nature (IUCN), Sekretariat CITES dan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia yang merupakan Pihak Berkuasa Pengurusan CITES di Semenanjung Malaysia.
Negara-negara ahli CITES seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand, China, Benin, Ghana dan Guyana telah menyertai bengkel ini kerana terlibat secara langsung dalam perdagangan spesies ular. Turut hadir bersama termasuklah CITES Animal Committee Members (Switzerland, United Kingdom dan Iran), Sekretariat CITES, wakil-wakil IUCN/SSC Boa & Python Specialist Group, TRAFFIC International dan Wildlife Management International. Bengkel ini telah memuktamadkan dokumen “Developing CITES Non-Detriment Findings for Snakes” yang akan dibentangkan di the 29th CITES Animal Committee Meeting nanti.