Program Perkhemahan Badan Beruniform SMK Kg. Soeharto
Pada 12 - 14 Mei 2017, Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sg. Dusun telah menerima kunjungan 40 orang pelajar Sekolah Menengah Kg. Soeharto, Kuala Kubu Bharu bagi Program Pendidikan Biodiversiti sempena Perkhemahan Badan Beruniform Pengakap dan Puteri Islam di PKHL Sg. Dusun.
Di samping diberikan taklimat mengenai Jabatan PERHILITAN, peserta program juga berkesempatan menjalankan aktiviti merentas hutan sambil mempelajari beberapa spesies pokok dan fungsinya serta hidupan liar yang mendiaminya untuk mendapat pengetahuan mengenai konservasi biodiversiti.