SAMBUTAN “WORLD TURTLE DAY 2017’’ DAN PERASMIAN GALERI TUNTUNG DI KG. PASIR GAJAH KEMAMAN, TERENGGANU
Jabatan PERHILITAN Negeri Terengganu dengan kerjasama Turtle Conservation Society (TCS) telah mengadakan sambutan World Turtle Day 2017 pada 20 Mei 2017 di Kg. Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu.
Sempena program sambutan tersebut, beberapa aktiviti telah dijalankan termasuklah Perasmian Galeri Tuntung oleh Puan Rahmah Ilias, Pengarah PERHILITAN Negeri Terengganu, Ceramah Hidupan Liar, Pameran, Sukan Rakyat dan Sesi Dialog bersama NGO dan penduduk setempat.