Majlis Penyampaian Sijil-sijil Penghargaan dan Penyerahan Cek Sumbangan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
YB Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, telah menyempurnakan satu Majlis Penyampaian Sijil-sijil Penghargaan dan Penyerahan Cek Sumbangan pada 24 Mei 2017 di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli.
YB Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyampaikan sumbangan khas kepada anggota Penguatkuasa PERHILITAN, Encik Mohd Khairol Azuan bin Abd Aziz, yang tercedera akibat ditetak oleh penceroboh semasa Operasi 1Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON) di Taman Negara pada tahun 2016.
Dalam majlis tersebut juga, seramai 12 kakitangan Jabatan PERHILITAN yang terlibat dalam Pasukan Mencari dan Menyelamat (Search And Rescue, SAR) telah menerima sijil penghargaan.