A A |   Arial | PT Sans | Century |
A- A A+

   faq2        hubungi2         maklumbalas2        peta2
 Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas | Peta Laman

Program Expert Lecture Series Bilangan 2 Tahun 2017

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Expert Lecture Series yang kedua tahun ini pada 15 Jun 2017 bertempat di Auditorium, Ibu pejabat PERHILITAN. Program kali ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun setiap tahun.

Sesi pembentangan dibuka oleh Dr. Hasber Salim daripada Universiti Sains Malaysia yang juga merupakan salah seorang daripada kumpulan Barn Owls and Rat Research Group (BORG). Beliau telah menyampaikan ceramah mengenai program kawalan biologi menggunakan spesies Burung Hantu, Tyto alba javanica bagi mengawal populasi tikus sebagai haiwan perosak. Penceramah kedua pula ialah Cik Syarifah Khadiejah Binti Syed Mohd Kamil, Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan PERHILITAN. Beliau telah berkongsi dengan para peserta berkenaan kajian yang dijalankan bersama Python Conservation Partnership (PCP) mengenai perdagangan mapan kulit ular sawa di Malaysia. Penceramah terakhir pula merupakan penceramah jemputan daripada Louisiana State University, Prof. Frederick Sheldon yang membincangkan faktor-faktor kepelbagaian dan biogeografi burung-burung hutan di Borneo.

Seramai 60 peserta daripada kakitangan Jabatan, organisasi swasta, institusi pengajian tinggi serta orang awam telah menyertai program ini. Program Expert Lecture Series ini merupakan satu platform untuk pihak Jabatan PERHILITAN menyampaikan dan berkongsi maklumat dengan kakitangan Jabatan, orang awam serta pemegang taruh yang berkaitan. Siri seterusnya program ini dijadualkan pada Oktober tahun ini dan terbuka kepada semua pihak yang berminat.

Cetak Emel

Comments are now closed for this entry

PERHILITAN

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
E-mel : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN  
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia logo NRES removebg preview footerMAMPU
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon tiktok Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK PELAWAT

Harini : 3846 | Semalam : 3940 | Bulanan : 43438 | Jumlah : 10009214

Kemaskini : 07 Februari 2025.

 

Penerbitan

<a href="https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/lokasi-pusat-ekopelan <a splwpk-electronic-archive="splwpk-electronic-archive" href="https://www.wildlife.gov.my/index.php/pengumuman/466-panggilan-temuduga-jawatan-kontrak-renjer-hidupan-liar/"