Operasi Translokasi Gajah Liar di Kg. Paradong Jelebu Negeri Sembilan
Pada 22 Februari 2016, pihak Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan bekerjasama dengan Unit Tindakan Gajah, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah untuk menjalankan operasi translokasi 5 ekor gajah liar yang merosakan tanaman kebun getah dan ladang kelapa sawit milik penduduk kampung di sekitar kawasan Kg.Solok Belai, Jelebu, Negeri Sembilan. Gajah liar tersebut berjaya dilepaskan kembali ke habitat asal.