Lawatan Rasmi TKSU

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Pada 10 Februari 2020 (Isnin), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) telah menerima satu lawatan rasmi dari YBrs. Dr. Mohd Mokhtar bin Tahar, Timbalan Ketua Setiausaha (Tanah Dan Sumber Asli) di Ibu Pejabat PERHILITAN, Cheras.

Lawatan rasmi ini telah disambut oleh YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN dan Pegawai Kanan Jabatan. Satu taklimat Jabatan dan Pengurusan Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia telah diberikan kepada delegasi sebelum sesi perbincangan diadakan.

Objektif lawatan adalah untuk membincangkan tentang strategi baru untuk memperkasakan lagi aktiviti penguatkuasaan dalam mencegah jenayah hidupan liar serta mempelbagaikan pendekatan hebahan dan kesedaran awam.

Cetak