A- A A+
A A |   Arial | PT Sans | Century |

                        
 Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas | Peta Laman

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI KE PKGK KUALA GANDAH, PUSAT KONSERVASI HARIMAU KEBANGSAAN (NTCC) DAN INSTITUT BIODIVERSITI

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Ali Biju telah mengadakan Lawatan Kerja ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah Pahang, Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan (NTCC) dan Institut Biodiversiti pada 26 Jun 2020.

Beliau telah diberikan taklimat berhubung sejarah dan fungsi PKGK dalam meningkatkan pengetahuan, kesedaran serta sokongan masyarakat mengenai kepentingan pemuliharaan gajah selain menjadi pusat kajian, pendidikan dan ekopelancongan di Semenanjung Malaysia.

Selain itu, YB Ali Biju turut mengambil kesempatan melawat Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan (NTCC). NTCC merupakan projek konservasi Harimau Malaya yang akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya, program 𝘳𝘦𝘸𝘪𝘭𝘥𝘪𝘯𝘨 Harimau Malaya dan pelepasan Harimau Malaya ke habitat liar. Projek ini merupakan di antara usaha Kerajaan untuk meningkatkan dan menstabilkan populasi Harimau Malaya yang semakin terancam di Semenanjung Malaysia. Akhir sekali, beliau turut melawat ke Institut Biodiversiti dan melihat koleksi specimen hidupan liar. Beliau telah diberikan taklimat ringkas tentang fungsi dan peranan penting Institut Biodiversiti, antaranya adalah merancang dan menguruskan kursus jangka pendek dan jangka panjang untuk kakitangan Jabatan PERHILITAN dan bukan kakitangan, mengendalikan program kesedaran awam kepada pelbagai golongan masyarakat serta mengumpul dan menjaga koleksi specimen zoologi untuk rujukan masa hadapan.

Cetak Emel

Add comment


Security code
Refresh

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN  
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Portal Rasmi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli footerMSC  
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload Screen Shot 2017 06 05 at 2.55.50 PM 
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK

Jumlah Pelawat : 2960136

Kemaskini : 26 Oktober 2020.