LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI KE PUSAT MENYELAMAT HIDUPAN LIAR KEBANGSAAN (NWRC) DAN PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR (PKHL) SUNGKAI, PERAK
Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Ali Biju telah mengadakan Lawatan Kerja ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) dan Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungkai, Perak pada 18 Julai 2020.
Beliau telah diberikan taklimat berhubung fungsi dan peranan NWRC berkaitan tugas-tugas menyelamat hidupan liar di Semenanjung Malaysia. YB Timbalan Menteri turut dibawa melihat spesies-spesies hidupan liar yang ditempatkan di NWRC seperti Harimau Malaya, Beruang Matahari, Tapir dan spesies primat.
YB juga turut berkesempatan melawat PKHL Sungkai bagi memahami lebih lanjut usaha pemuliharaan Seladang, Rusa Sambar, spesies-spesies burung dan juga Tenggiling.