LAWATAN KERJA MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN) KE PUSAT MENYELAMAT HIDUPAN LIAR KEBANGSAAN (NWRC) SUNGKAI, PERAK
Majlis Sukan Negara (MSN) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Ahmad Shapawi bin Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai, Perak pada 26 Mei 2022.
Kedatangan mereka telah disambut oleh YBhg. Dato' Fakhrul Hatta bin Musa, Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi), YBrs. Tn. Hj. Yusoff bin Shariff, Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Perak dan YBrs. Dr. David Magintan, Ketua Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC).
Sepanjang lawatan, pihak MSN telah diberikan taklimat berkaitan fungsi dan peranan NWRC sebagai pusat spesies hidupan liar terancam yang diselamatkan daripada kecederaan, penyeludupan dan rampasan di Semenanjung Malaysia. Lawatan ini juga memberi pendedahan kepada pihak MSN berkenaan kepentingan dan keunikan spesies Harimau Malaya yang dijadikan sebagai logo Jata Negara.
Lawatan ini turut dihadiri oleh YBrs. Tn. Suhardi bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan Sukan), YBrs. Tn. Hj. Abdul Rashid Yaakub, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pengkomersialan dan Pemasaran), atlet dan kakitangan dari Majlis Sukan Negara (MSN).