LAWATAN RASMI TKSU NRES KE IBU PEJABAT JABATAN PERHILITAN
Pada 22 April 2024, YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia di Cheras dan disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN Dato' Abdul Kadir bin Abu Hashim.