Pameran Jabatan Sempena Program Ramah Mesra YB Dato Sri Dr. Hj. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Bersama Masyarakat
16 JUN 2016 –Jabatan PERHILITAN telah menyertai satu pameran bagi Program Ramah Mesra YB Dato Sri Dr. Hj. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Bersama Masyarakat telah diadakan di Dewan PPK, Parit 1, Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor Darul Ehsan pada 16 Jun 2016.
Antara agensi lain yang terlibat ialah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Kira-kira 400 orang penduduk setempat dari pelbagai kampung di Sungai Besar telah dijemput untuk memeriahkan majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama YB Dato Sri Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.