PENGUMUMAN PEMBUKAAN SEMULA PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN (PKGK) KUALA GANDAH, PAHANG MULAI 18 MEI 2017
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang akan dibuka semula kepada pengunjung mulai 18 Mei 2017 untuk aktiviti pelancongan seteleh ditutup berikutan banjir besar yang telah melanda pusat ini.
Walau bagaimanapun, Pejabat PKGK masih belum dapat beroperasi sepenuhnya dan terdapat sebahagian kawasan yang akan ditutup kepada orang awam berikutan kerosakan struktur tanah dan bangunan serta peralatan pejabat.
Jabatan PERHILITAN ingin menegaskan bahawa keselamatan pengunjung di PKGK sentiasa menjadi keutamaan. Pengunjung adalah diminta berhati-hati ketika melakukan aktiviti di PKGK serta mematuhi segala arahan dan peraturan pihak Pengurusan PKGK sepanjang masa.
Sekian, terima kasih.