PENUTUPAN SISTEM PELESENAN JABATAN PERHILITAN PADA 25 JULAI 2017 - 26 JULAI 2017
Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Pelesenan Jabatan PERHILITAN didapati menghadapi masalah teknikal seterusnya menganggu kelancaran proses permohonan lesen, permit dan permit khas jabatan.
Sehubungan dengan itu, sistem ini ditutup pada Selasa (25 Julai 2017) hingga Rabu (26 Julai 2017) bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.
Segala kesulitan amat dikesali.
Terima kasih.