PEMBERITAHUAN PEMBUKAAN SEMULA PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN (PKGK)
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Jabatan PERHILITAN telah dibuka semula kepada pelawat bermula 15 Jun 2020. Walau bagaimanapun, jumlah pelawat adalah dihadkan kepada 150-200 orang sehari. Waktu lawatan bermula pada jam 10.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari.
Sehubungan dengan itu, pelawat yang ingin berkunjung ke PKGK diwajibkan membuat tempahan terlebih dahulu sama ada melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau talian telefon di 013-9088207 (Pusat Pendaftaran Pelawat PKGK). Semua urusan tempahan hendaklah dibuat dalam tempoh waktu pejabat sahaja. PKGK tidak membenarkan lawatan secara walk-in bagi memastikan had lawatan dan SOP dipatuhi.
Semua pelawat mesti mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. Pelawat yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5oC dan menunjukkan simptom seperti sakit tekak, batuk dan sesak nafas adalah TIDAK DIBENARKAN MASUK ke kawasan PKGK.
Pelawat disarankan memuatturun Aplikasi MySejahtera dan wajib mematuhi sebarang arahan atau SOP terkini oleh kerajaan.
Pelawat yang hendak memasuki kawasan PKGK perlu mematuhi syarat-syarat berikut:
- Melepasi saringan suhu di pintu masuk.
- Mendaftar melalui kod QR/secara manual.
- Mematuhi had masa yang telah ditetapkan di setiap kawasan aktiviti PKGK.
- Lawatan berpandu (guided) oleh Pemandu Pelancong tidak melebihi 10 orang setiap kumpulan adalah digalakkan.
- Aktiviti berkumpulan seperti sukaneka dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.
- Pemakaian face mask adalah digalakkan.
- Pelawat yang ingin menggunakan surau hendaklah membawa sejadah dan telekung sendiri.