PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN-TAMAN NEGARA DAN TAPAK EKOPELANCONGAN DI MUSIM TENGKUJUH
Adalah dimaklumkan bahawa disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu yang melanda di beberapa buah negeri dan dijangka akan berlaku banjir kilat, pihak Bahagian Rekreasi Alam Semulajadi (RAS) memutuskan untuk menutup Taman-Taman Negara dan Tapak Ekopelancongan kepada pelawat bermula pada 2 Mac 2023 sehingga 7 Mac 2023. Ini bertujuan untuk menjamin keselamatan kakitangan yang bertugas dan juga pelawat. Taman-Taman Negara dan Tapak Ekopelancongan yang ditutup adalah seperti berikut:
i. Taman Negara Pahang, Kuala Tahan
ii. Taman Negara Pahang, Sungai Relau
iii. Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong
iv. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah