Iklan Kekosongan Jawatan di bawah Global Wildlife Program di Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera
Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia sedang melaksanakan urusan pengambilan bagi pengisian jawatan kontrak di bawah Projek Global Wildlife Program. Projek ini dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di bawah pembiayaan Global Environmental Facility (GEF) dan pembiayaan bersama United Nations Development Programme (UNDP). Kekosongan jawatan kontrak tersebut adalah seperti berikut:
Bil |
Jawatan |
Kekosongan |
Penempatan |
Tarik tutup permohonan |
1. |
Senior Conservation Advisor |
1 |
Ibu pejabat PERHILITAN, Kuala Lumpur |
27 Disember 2024 (Jumaat) |
2. |
Tiger Landscape Officer |
4 |
1. Ibu pejabat PERHILITAN, Kuala Lumpur 2. Taman Negara 3. Perbadanan Taman Negeri Perak 4. Perbadanan Taman Negara Johor |
|
3. |
Wildlife Laboratory Technician |
1 |
Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan, Kuala Lumpur |
3. Sehubungan itu, Jabatan ini mempelawa orang awam yang berkelayakan untuk mengemukakan permohonan lengkap beserta dokumen yang diperlukan mengikut syarat-syarat pengiklanan seperti di iklan. Klik di sini.
Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.